Ahad, 13 Disember 2015

Terima Kasih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada pelanggan kami,
Terima kasih kerana sudi menggunakan khidmat kami.

Kepada pembaca dan bakal pelanggan,
Terima kasih kerana sudi singgah di blog kami. Insyaallah kami akan bentangkan info berkaitan serta hasil kerja kami selama ini.

Insyaallah, sedikit masa lagi kami akan upload gambar dan coretkan serba ringkas hasil kerja kami sepanjang tahun 2015. Ini bagi memastikan bakal pelanggan mendapat tahu perkembangan aktiviti syarikat kami serta info kerja kami yang terbaru.

Untuk makluman, syarikat kami mempunyai 2 kontraktor berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang pembinaan serta lebih 8 orang pekerja terlatih. Syarikat kami akan cuba mendapatkan lagi tambahan kontraktor dan pekerja terlatih seiring dengan perkembangan syarikat. 

Syarikat kami setakat ini menetapkan tidak akan mengambil lebih dari 2 kerja dalam satu masa.
Ini bagi menjaga kualiti kerja supaya tidak tergesa-gesa dan tidak dipantau. Selain itu, sekiranya terdapat sebarang masalah, pihak kami lebih mudah untuk tampil dengan seberapa segera.

Insyaallah, setiap urusan dilakukan secara profesional demi mempermudahkan kedua-dua pihak. Semoga urusan kita semua dipermudahkan. Aminn..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan